Sunday 28 October 2018

MINGGU KELIMA - PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Pada minggu kelima ini kami telah menjalani ujikaji Percambahan Biji Benih iaitu biji benih Kacang Merah dan Jaggung. Uji kaji ini dijalankan adalah untuk menguji percambahan biji benih terhadap elemen Suhu, Cahaya, Udara dan Air.


APA ITU PERCAMBAHAN?

Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. 
Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu Kulit biji, Embrio dan Kotiledon.


APA ITU BIJI BENIH?

Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat ebrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang diliputi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (Kulit Bij Benih)
Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 Kotiledon, seperti jaggung. Namun ada juga yang mempunyai 2 Kotiledon seperti biji kacang hijau. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar bahru yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya, mengeluarkan pucuk bahru yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun bahru mulai tumbuh.

Disini terdapat beberapa ujikaji yang kami jalankan terhadap biji benih.


UJIKAJI 1 : KPERLUAN PERCAMBAHAN

Objektif :
Untuk mengkaji percambanhan biji benih dalam keadaaan yang berbeza.

Gambar 1 : Menunjukkan biji benih kacang merah yang dimasukkan kedalam bekas plastik dan dilabelkan.


Hasil daripada ujikaji tersebut dan pemerhatian kami. Kesimpulan daripada eksperimen ini ialah kehadiran elemen-elemen seperti air, udara, suhu dan cahaya yang optimum dan sesuai diperlukan untuk berlaku proses percambahan biji benih.

Peratusan percambahan biji benih dalam bekas C2 diperoleh dengan menggunakan formula :

𝐵𝑖𝑗𝑖 𝑏𝑒𝑛𝑖ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑒𝑟𝑐𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ
----------------------------------------- 𝑥 100%
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑖𝑗𝑖 𝑏𝑒𝑛𝑖ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑚𝑎𝑖  

4
10 𝑥 100%=40%

Kesimpulan :
Kesimpulannya udara, air dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih.


UJIKAJI 2 : MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Objektif :
Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

Gambar 2 : Menunjukkan biji benih kacang merah dimasukkan kedalam tabung uji dan dilabelkan.


Hasil pemerhatian saya, kesimpulan daripada eksperimen ini ialah kehadiran elemen-elemen seperti air, udara, suhu dan cahaya yang sesuai diperlukan untuk berlaku proses percambahan biji benih.

Kesimpulan :
Kesimpulannya udara, air dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih.


UJIKAJI 3 : PERCAMBAHAN EPIGEAL DAN HIPOGEAL

Objektif :
Untuk membezakan percambahan epigeal dan hipogeal. 
Biji benih Kacang Merah dan Jaggung.

Pengenalan :
Epigeal adalah jenis percambahan yang menghasilkan kotiledon dan epikotil keluar dari biji benih, kerana penumbuhan hipokotil sehingga kotiledon keluar ke atas tanah.
Hipogeal adalah jenis percambahan yang menghasilkan sedikit hipokotil sehingga kotiledon tetap berada didalam biji benih. Oleh itu, kotiledon tidak keluar ke atas tanah.

Gambar 3 : Menunjukkan biji benih kacang merah (Epigeal)


Gambar 4 : Menunjukkan biji benih jaggung (Hipogeal)


Gambar 5 : Menunjukkan perbezaan Epigeal dan Hipogeal


Kesimpulan :
Kesimpulannya, percambahan epigeal ada kenaikan kotiledon daripada tanah manakala percambahan hipogeal tiada.

No comments:

Post a Comment