Pada minggu ini, kami diterangkan mengenai pembajaan tanah & penyemaian benih.
PEMBAJAAN
Baja adalah bahan yang dicampur kadalam media tanaman bertujuan untuk membekalkan zat kesuburan tanah.
Selepas pembajaan, tanah harus ditinggalkan selama 2 hari bagi meresap nutrisi yang terdapat pada baja ke dalam tanah. Kemudian, aktiviti penyemian benih dijalankan.
Baja Organik Mas Hitam E.M sesuai bagi semua jenis sama ada tanaman kontan, tanaman bermusim seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok bunga. Bebas dari Pathogen, Parasit & Phytotoxin.
Kelebihan & keistimewaan Baja Jenis Serbuk:
- 100% Penggunaan Teknologi Mikrob E.M (EFEKTIF MIKROORGANISM) + 100% Penggunaan Bahan Organik.
- Berfungsi sebagai "Growth Stimulant & Soli Conditioner.
- Tidak berbau najis, berkualiti, berkesan dan murah.
- Telah digunapakai oleh kebanyakan Negara maju (Jepun, Korea)
- Mneghapuskan Pathogen, Parasit & Phytotoxin.
- Sesuai untuk semua jenis tanaman yang perlukan tindak balas cepat seperti cili, sayuran, bunga-bunga dan buah-buahan.
- Sesuai digunakan di dalam dan di luar rumah atau pejabat.
Kandungan Baja Organik Mas Hitam E.M
PENYEMAIAN BENIH
CARA PEMBAJAAN TANAH
Selepas tanah digembur dan memasang "rumah" batas. Proses pembajaan dilakukan, dengan sukatan 1 bekas baja untuk 1 batas.
- Tabur baja ke atas permukaan gemburan tanah.
- Ratakan atau terbalik-balikkan baja dengan tanah.
- Selesai campuran baja & tanah sekata, lakukan kaedah leveling. Ia bertujuan untuk meratakan aras tanah dan tinggi batas selari.
Selesai proses pembajaan dan leveling, tinggalkan selama 2 hari sebelum semaian benih dijalankan.
Kaedah yang digunakan dalam penyemaian benih adalah dengan membuat secara alur.
Ia bertujuan adalah untuk memastikan jarak antara sayuran tidak terlalu rapat dan mempunyai jarak yang sesuai.
Selain itu, dapat memastikan sayuran tumbuh dengan subur dan kurang pesaingan antara ruang, makanan dan air.
CARA SEMAIAN BENIH
Selepas membiarkan baja meresap kedalam tanah selama 2 hari, aktiviti penyemaian benih dijalankan.
Waktu yang amat sesuai untuk proses semaian benih adalah pada waktu pagi. Ia bertujuan bagi mengelakkan cahaya matahari yang terlalu terik dan boleh merosakkan biji benih.
Jenis tanaman sayur yang kami tanam adalah Bayam Hijau & Sawi.
Cara semaian benih dengan penjarakan yang sesuai didalam batas adalah dengan campuran pasir putih dan biji benih.
Sukatan/nisbah 1:10 iaitu 1 benih (penutup botol) : 10 pasir (penutup botol)
Bagi penyiraman pula, tidak boleh buat siraman menggunakan air pancut, ia akan menyebabkan kedudukan biji benih lari dari kedudukan asal. Lebih baik menggunakan tong siraman air kerana kita hanya mahukan mengekalkan kelembapan medium semaian. Tidak boleh siram air yang yang terlampau banyak sehingga bertakung, ia akan merosakkan biji benih dan menjadikan biji benih lemas. Penyiraman perlu dilakukan pagi dan petang.

TIPS TAMBAHAN :
- Biji benih yang telah dibuka plastiknya perlulah disemai. Jika tidak mahu disemai, lipat atau ikat dengan kemas dan simpan didalam suhu bilik.
- Tidak boleh terdedah pada suhu atau dalam keadaan yang panas kerna biji benih bersifat senstifi. Jika terdedah pada suhu yang panas, nutrisi benih akan mati.
No comments:
Post a Comment