Friday, 12 October 2018

MINGGU KEEMPAT - PEMBIAKAN KERATAN BATANG

Definisi Keratan Tanaman

Kaedah pembiakan tanaman secara vegetatif / tampang / aseks menggunakan bahagian ranting / akar / daun yang disemai ke dalam media semaian. Tidak semua jenis tanaman sesuai dibiakkan dengan kaedah ini.

Pada minggu ini kami mempelajari cara-cara menanaman pembiakan melalui keratan batang. Kaedah yang digunakan adalah askes / pembiakan tampang :
  • Daun
  • Batang
  • Akar
  • Buah
  • Bunga
  • Spera
  • Anak pokok

Untuk kaedah pembiakan tampang ini perlulah dengan menggunakan agent pembiakan / baja penggalak akar. Terdapat 3 jenis botol baja penggalak akar ini :
  1. Botol No.1 : Batang Lembut
  2. Botol No.2 : Batang Sederhana Keras
  3. Botol No.3 : Batang Keras

Cara penggunaannya adalah :
  1. Basahkan batang 
  2. Celupkan kedalam baja penggalak akar
  3. Tanam kedalam media tanaman

Media tanah yang diperlukan adalah - Tanah : Organik : Pasir
Nisbah untuk media tanah adalah : 
 
Tanah

Organik

Pasir
3
:
2
:
1
7
:
3
:
2
2
:
1
:
1


Berikut adalah langkah-langkah aktiviti penanaman pembiakan keratan batang kami.

Media Tanah yang telah di nisbah


Campurkan media tanah sehingga rata


Masukkan media tanah kedalam plastik poly bag sehingga separuh & mampatkan


Potong keratan batang dan buang semua daun pada batang


  1. Mengambil baja penggalak akar No.3 (Kerana keratan batang tersebut kerata yang keras)
  2. Celup keratan batang tersebut kedalam baja penggalak akar (Sebelum celup dalam baja, basahkan keratan dengan menelup kedalam air terlebih dahulu, supaya baja tersebut melekat pada keratan)
  3. Hanya celup sedikit saja. (Warna putih tersebut adalah baja penggalak akar)

Seterusnya masukkan keratan tadi kedalam media tanah (poly bag) dan mampatkannya

 
tadaaaa... Inilah hasilnya.

Kami diberi peluang untuk memilih sendiri 5 jenis keratan batang dan membuat pembiakan keratan batang. Selesai tanam keratan-keratan batang, kami menyiram supaya baja dan tanah aktif untuk melakukan porses tumbuhan.


Selesai aktiviti kami pada minggu keempat

No comments:

Post a Comment