Tuesday, 2 October 2018

MINGGU KETIGA : LAPORAN AMALI EKSPERIMEN

Pada minggu ketiga, kami mengikuti kelas amali untuk melakukan ujikaji terhadap tanah. Sampel tanah adalah daripada tanah di batas kami sendiri.
Tujuan ujikaji dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis tanah dan sifat peratusan kesuburan tanah untuk biji benih kami.


PENERANGAN

Sebelum melakukan kajian ujikaji terhadap tanah :
  • Kami diberi penerangan tentang peraturan makmal.
  • Penerangan jenis-jenis tanah di Malaysia.
  • Langkah-langkah untuk melakukan ujikaji terhadap tanah.

Kebiasaannya, seorang petani akan menguji tanah terlebih dulu sebelum penanaman pokok. Salah satunya adalah :
  1. Sifat fizikal : Boleh dilihat & disentuh.
  • Jenis-jenis tanah : Untuk penanaman sayur, jenis tanah berwarna cokolat pekat adalah tanah yang sesuai untuk penanaman jenis sayuran. 
     2. Teksture tanah : Rasa.
  • Kandungan peratusan yang terdapat dalam tanah terdiri daripada pasir, kelodak dan tanah liat.
  • Peratusan air yang akan menyerap kedalam bumi.
  • Tanah yang ideal adalah jenis tanah loam : tanah yang mempunyai campuran pasir, kelodak & tanah liat.
  • Ia bersifat lembut dan berderia.
     3. Struktur : Susunan tanah secara semulajadi.
  • Tanah yang tidak mempunyai struktur yang tidak tersusun/tidak seimbang akan menyebabkan air bertakung.
  • Menjadikan biji benih mati lemas.

UJIKAJI TANAH

Ujikaji ini kami melakukan terhadap dua sempel tanah yang berbeza iaitu daripada BATAS 5 & BATAS 6. Sempel tanah akan dikeringkan selama 2 - 3 hari dalam suhu bilik supaya ia tidak terlalu kering jika dikeringkan dibawa cahaya matahari.

Kami akan menjalankan 3 jenis ekperimen iaitu :
  1. Menentukan tekstur tanah melalui cara medan.
  2. Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.
  3. Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.

LAPORAN EKSPERIMAN

Dijalankan terhadap sempel tanah batas no.5 & batas no.6

BATAS NO.5

EKSPERIMEN 1 : Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Medan

BAHAN DAN ALATAN : Sampel tanah dan air
LANGKAH - LANGKAH :
  1. 20 g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm) diambil.
  2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
  3. Tanah tersebut dibentukkan menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.


PEMERHATIAN
  • Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
  • Rod dapat dibentuk (tanah loam)
  • Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)


Batas no. 5 : Mengkaji tektur tanah melalui mendapan

KESIMPULAN

Tanah batas saya ialah jenis pasir berloam.

PENILAIAN
  1. Adakah keadah ini tepat ?
  • Kaedah ini boleh digunakan tetapi kurang tepat.

  2. Mengapakah kaedah ini digunakan?
  • Kerana kaedah ini lebih mudah untuk dilakukan berbanding kaedah lain.



EKSPERIMEN 2 : Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Mendapan

BAHAN DAN ALATAN : Sampel tanah dan balang gas.
LANGKAH - LANGKAH :
  1. 40 hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.
  2. Air diisikan ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.
  3. Mulut balang gas ditutp dengan penutup dan campuran digoncangkan perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
  4. Balang gas diletakkan di atas meja semalaman (24 jam)tanpa gangguan.
  5. Ketinggian diukur setiap pisahan tanah yang mendapap. Ketinggian dicatakan dalam jadual.
  6. Peratusan pisahan tanah dihitung.
  7. Kelas tekstur tanah ditentukan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.


KEPUTUSAN 

Pisahan
Ketinggian (cm)
Peratus (%)
Pasir
3.0
73.17 %
Kelodak
0.5
12.20 %
Tanah Liat
0.6
14.63 %



KESIMPULAN

Berdasarkan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg tanah kami adalah tanah jenis pasir berloam.

Diagram segitiga tekstur : Batas no.5


PENILAIAN
  1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
  • Ya. Kerana kita dapat mengenal pasti dan mengukur peratusan lapisan tanah dengan tepat.
     2. Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
  • Bacaan skala tidak berserenjang dengan mata pemerhati.


EKSPERIMEN 3 : Membandingkan Kadar Pengaliran Air Menerusi Tanah

BAHAN DAN ALATAN : Tiga jenis sampel tanah, iaitu tanah berpasir, tanah loam, tanah liat, air suling dan gentian kaca.

Peralatan & Bahan

LANGKAH – LANGKAH :
  1. Sampel tanah telah dikeringkan selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di suatu sudut makmal.
  2. 3 radas disusun seperti berikut.

3. Tiga sampel 50 ml air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan diisikan ke dalam bikar 100 ml.
4. Dalam masa yang sama, 50 ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml disukat dalam masa 10 minit.
5. Keputusan dan pemerhatian dicatatkan dalam jadual yang berikut:


KEPUTUSAN


PEMERHATIAN (Ph)

SAMPEL TANAH

ISI PADU AIR SELEPAS 5 MINIT ( 5ml)


pH METER DIGITAL

pH METER
Batas 1
43
6.94
6.15
Batas 2
41
6.69
6.20
Batas 3
41
6.41
6.41
Batas 4
44
6.49
6.40
Batas 5
28
6.26
6.21
Batas 6
42
6.02
6.11
Batas 7
43
6.42
5.40
Batas 8
44
7.04
6.20
Batas 9
39
5.65
6.00
Batas 10
42
5.95
5.90
Batas 11
50
6.14
6.60
Batas 12
48
6.75
6.60
Batas 13
39
6.49
6.30
Batas 14
41
8.51
5.94
Batas 15
38
6.16
6.23

KESIMPULAN
Isi padu air yang tinggi selepas turasan selama 5 minit menunjukkan bahawa kurang serapan air terhadap tanah tersebut.

PENILAIAN:
  1. Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
  • Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai penahan kumin kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah.
     2. Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
  • Batas 11
     3. Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
  • Batas 5
     4. Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
  • Batas 15
    5. Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda
        pilih? Berikan sebabnya.
  • Tanah loam. Kerana tanah loam mempunyai ciri ciri di antara pasir dan tanah liat.
Batas no.5 : Kadar Pengaliran Air Menerusi Tanah






BATAS NO.6

EKSPERIMEN 1 : Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Medan

BAHAN DAN ALATAN : Sampel tanah dan air.
LANGKAH-LANGKAH :
  1. 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membetuk bebola tanah dengan diameter 2 – 3 cm) diambil.
  2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
  3. Tanah tersebut dibentukkan menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.

Batas no. 6 : Pembentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Medan

PEMERHATIAN

  • Bebola dapat dibentuk (Pasir berloam)
  • Rod dapat dibentuk (tanah loam)
  • Gelang yang dibentuk (tanah liat)

KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapat adalah hasil pembentukan teksur tanah berjaya dihasilkan kerana sukatan air yang tidak terlalu banyak dan sempel tanah saya adalah jenis pasir berloam.

PENILAIAN
  1. Adakah kaedah ini tepat?
  • Kaedah ini boleh digunakan tetapi kurang tepat.
    2. Mengepakah kaedah ini digunakan?
  • Kerana kaedah ini lebih mudah untuk dilakukan berbanding kaedah lain.



              EKSPERIMEN 2 : 
Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Mendapan

BAHAN ADA ALATAN : Sampel tanah dan balang gas

Peralatan & Bahan

LANGKAH - LANGKAH :
  1. 40g - 50g tanah dimasukkan ke dalam balang gas dan bermula pada pukul 9:00am.
  2. Air diisikan ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh (300ml).
  3. Dengan menggunakan tangan tutup mulut balang gas dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
  4. Balang gas diletakkan di atas meja selama 1jam 30minit tanpa gangguan. Pada pukul 10:30am ambil bacaan pisahan tanah.
  5. Ketinggian diukur setiap pisahan tanah yang mendapap. Ketinggian dicatakan dalam jadual.
  6. Peratusan pisahan tanah dihitung.
  7. Kelas tekstur tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.
Dengan menggunakan tangan dan goncang perlahan-lahan

KEPUTUSAN


PISAHAN
KETINGGIAN (cm)
PERATUSAN (%)
Pasir
2.0
80 %
Kelodak
0.2
8 %
Tanah Liat
0.3
12 %

Diagram segitiga tekstur : Batas no.6

KESIMPULAN

Ekperimen ini, berdasarkan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg tanah kami adalah tanah jenis pasir berloam.

PENILAIAN
  1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
  • Ya, kerana saya dapat mengenal pasti dan mengukur peratusan lapisan tanah dengan tepat.

      2. Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
  • Tidak membiarkan selama 24jam.
  • Bacaan skala tidak berserenjang dengan mata pemerhati.


           EKSPERIMEN 3 : Membandingkan Kadar Pengaliran Air Menerusi Tanah

BAHAN DAN ALATAN : Tiga jenis sampel tanah, iaitu tanah berpasir, tanah loam, tanah liat, air suling dan gentian kaca.

Peralatan & Bahan

LANGKAH – LANGKAH :
  1. Sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
  2. 3 radas disusun seperti dibawah :

   
 3. Tiga sampel 50ml air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100ml.
      4. Dalam masa yang sama, 50ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250ml dalam masa 10 minit.
        5. Keputusan dan pemerhatian dicatatkan dalam jadul yang berikut : 

KEPUTUSAN 

PEMERHATIAN (pH)
SAMPEL TANAH
ISI PADU AIR SELEPAS
5 MINIT (50ml)
pH METER DIGITAL
pH METER MANUAL
Batas 1
43
6.94
6.15
Batas 2
41
6.69
6.20
Batas 3
41
6.41
6.41
Batas 4
44
6.49
6.40
Batas 5
28
6.26
6.21
Batas 6
42
6.02
6.11
Batas 7
43
6.42
5.40
Batas 8
44
7.04
6.20
Batas 9
39
5.65
6.00
Batas 10
42
5.95
5.90
Batas 11
50
6.14
6.60
Batas 12
48
6.75
6.60
Batas 13
39
6.49
6.30
Batas 14
41
8.51
5.94
Batas 15
38
6.16
6.23

KESIMPULAN
Isi padu air yang tinggi selepas turasan selama 5 minit menunjukkan bahawa kurang serapan air terhadap tanah tersebut.

PENILAIAN:
  1. Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
  • Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai penahan kumin kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah.
     2. Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
  • Batas 11
     3. Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
  • Batas 5
     4. Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
  • Batas 15
    5. Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda
        pilih? Berikan sebabnya.
  • Tanah loam. Kerana tanah loam mempunyai ciri ciri di antara pasir dan tanah liat.

No comments:

Post a Comment