Monday, 17 December 2018

MINGGU KEEMPAT BELAS - GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN LADANG

Pada bertarikh 12.12.2018, rabu. Kami bergabung kelas 1 SPPH seksyen 1 & 2 untuk menjalankan aktivti gotong royong membersihkan ladang. Bermula pada 8:15 pagi ucapan daripada Puan Salina, seterusnya diikuti dengan penerangan selanjutnya daripada Encik Faris mengenai aktiviti selanjutnya.

Kami telah membahagian setiap tugasan dan kumpulan untuk membersihkan kawasan sekitar ladang.
Kumpulan 1 : Membersihkan stor peralatan ladang.
Kumpulan 2 : Membersihkan longkang sekitar ladang.
Kumpulan 3 : Membersihkan "Rumah Hijau".
Kumpulan 4 : Membersihkan ruang belajar
Kumpulan 5 : Membersihkan stor penyimpanan kayu (batas)














Pengakhiran kursus ini pada semester 1 ini dengan ucapan daripada Encik Faris, kata-kata semangat dan pesanan agar kami sentiasa tolong menolong antar satu sama lain perlu dipupuk hingga habis belajar. Mereka juga banyak membantu kami dari segi amali ladang dan mempupuk ikatan kerja sama kami dengan rakan sekelas. Ucapan disudahi dengan Puan Salina, Semoga Peperiksaan nanti dipermudahkan.


Gambar ni geng perempuan, sebab geng lelaki nak balik cepat sangat. hmmmm
Terima kasih untuk memori sepanjang sem ini. Moga sem yang akan datang, ikatan kami menjadi lebih akrib. Insya-Allah..

MINGGU KETIGA BELAS - PEMBERSIHAN BATAS

Pada 05.12.2018 iaitu rabu. Kami telah menjalankan aktivtii pembersihan batas.
Setiap kalangan kami telah mengagihkan tugasan supaya pergerakan pembersihan tersebut berjalan lancar dan cepat.









Sekian.....Aktivit kami pada minggu ini :) 


MINGGU KEDUA BELAS - AMALI FOTOSINTESIS

Pada 28. November. 2018 iaitu pada hari rabu, saya telah membuat kajian fotosintesis keatas tumbuhan hijau di Makmal Pertanian N30. Bahan ujikaji adalah sehelai dedaun daripada bunga kemboja. Tujuan ujikaji dijalankan adalah untuk meguji kehadiran kanji dalam tumbuhuan/dedaun hijau.

UJIKAJI
Kajian Fotosintesis

Tujuan: Untuk Menguji Kehadiran Kanji dalam Tumbuhan / Dedaun Hijau
Fotosintesis adalah suatu proses dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari.

Radas dan bahan:
Daun pokok warna hijau
Piring petri
Alkohol
Penitis
Iodin
Bikar 500 ml
Air mendidih
Bekas air mendidih
Hot plate
Tabung uji


KESIMPULAN
Kesimpulannya, apa yang saya dapat pelajari daripada amali ini. Pertama untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan atau dedaun hijau dengan mengikuti langkah-langkah yang diberi, saya berjaya menjalankan ujikaji tersebut dan terhadap daun ialah perubahan warna terhadap daun. Rebusan yang pertama adalah bertujuan untuk melembutkan daun. Setelah direbus daun selama 1 minit, rendamkan daun di dalam alkohol dan didikan ia di dalam air panas ia bertujuan untuk mengeluarkan klorofil (warna hijau) dari dalam daun selama 5 minit. Kemudian rebus semula daun di dalam air panas selama 30 saat bertujuan untuk membersihkan alkohol dan memastikan iodin dan akohol tidak bercampur kerana ia boleh menyebabkan ralat.
Kedua, setelah selesai langkah berikut daun diletakkan dalam piring petri dan titikkan iodin keatas daun. Pemerhatian dapati dedaun berlaku perubahan warna daun berubah menjadi unggu kehitaman. Catatkan pemerhatian.
Daripada hasil kajian yang saya dapati, penambahnaikkan daripada segi jenis daun yang digunakan dan masa yang diperlukan untuk melembutkan daun dan mendidihkan daun didalam alkohol. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dedaun daripada pokok kemboja. Dedaun tersebut bersifat keras dan sangat memerlukan masa yang agak panjang untuk menghasilkan keputusan yang baik. Oleh itu, sepanjang ujikaji ini dijalankan saya dinasihatkan daripada tenga pengajar iaitu Encik Abang supaya dedaun saya merebus dua jenis dedaun yang sama untuk mendapatkan perbezaan. Dedaun yang pertama mengikut masa yang ditetapkan, manakala dedaun yang kedua perlu melebih 2 minit. Keputusannya, dedaun yang pertama berlaku perubahan pada bahagian luka iaitu pada bahagian yang dipotong. Manakala dedaun yang kedua keputusan yang sempurna kerana dengan melambatkan masa rebusan menjadikan dedaun tersebut 100% lembut dan keputusan yang baik.


MINGGU KESEBELAS - TEORI TUT

Pada minggu ini amali tidak dijalankan tetapi kami ingin berkongsi ilmu mengenai Pembiakan Tut. Kalau masih ingat lagi, minggu lepas kami baru saja melakukan amali di ladang mengenai cara untuk melakukan proses pembiakan tut.

Asexual Reproduction Part 2

Lapisan (Tut / Markot)
  • Kaedah penyebaran aseksual di mana akar dibentuk pada batang semasa masih melekat pada tanaman induk
TUT Udara
  • Batang diluka dan ditutup dengan medium lembap untuk mendorong pengakaran.


Lapisan Mudah (TUT Mudah / Lentur)
  • Lapisan mudah - Dahan dibengkokkan ke tanah dan bahagian dahan tersebut ditutup dengan tanah.
  • Bahagian yang menjadi akar dari pembiakan tut di potong mesti mempunyai putij atau tunas.


Lapisan Membusut (TUT Membusut)
  • Lapisan membusut - pokok induk dipangkas ke dalam 2-4 inci tanah selama musim dorman.
  • Pada musim bunga, pucuk baru dipotong kembali ke 2-4 inci
  • Pada musim panas, tanah digali lebih separuh daripada pucuk baru. Pokok akan membentuk akar didalam tanah dan boleh dipisahkan dari tanaman induk.

Cantuman & Cantuman Mata Tunas
  • Teknik menyatukan bahagian-bahagian tumbuhan supaya ia tumbuh sebagai satu tumbuhan baru.
  • Bahagian tumbuhan yang menjadi bahagian atas cantuman ialah tunas baka.
  • Bahagian yang membentuk bahagian bawah atau akar ialah pokok penanti.
  • Tunas baka - Keretan batang / bahagian kecil batang yang mengandungi satu mata tunas yang sihat dan segar.
  • Pokok penanti - Tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang baik, subur dan sihat.

Tiga kaedah yang lazim digunakan :
  1. Menggunakan scion dan batang pokok.
  2. Scion - Satu batang pendek / batang pokok yang lembut dengan dua atau lebih tunas.
  3. Batang pokok - Bahagian bawah dari batang yang mengandungi sistem akar.

Cantuman Mata Tunas

Cantuman mata tunas - Disisipkan pada torehan bentuk T pada pokok penanti dan diikat dengan tali.
  1. Sediakan pokok penanti.
  2. Sediakan keratan mata tunas.
  3. Selitkan keratan mata tunas.
  4. Ikat dengan pita plastik.
  5. Potong selepas pucuk baru tumbuh.

Cantuman Baji

Cantuman yang tunas bakanya dan pokok penanti dipotong dalam bentu V dan dicantumkan kedua-duanya.


Cantuman Sanding

Cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yang bersebelahan dan dilakukan dengan melenturkan bahagian tunas baka kepada pokok penanti.


Sekian itu saja daripada kami untuk minggu ini. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.

MINGGU KESEPULUH - PEMBIAKAN TUT

Pembiakan Tut

Pembiakan Tut adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.

Selalunya pembiakan ini hanya kepada pokok yang mempunyai batang keras (Daikotiliden). Tidak sesuai pada pokok yang lembut atau pokok yang tak de batang keras. Tujuan pembiakan tut ini adalah untuk mendapatkan hasil yang cepat. Contohnya pokok berbuah seperti durian, rambutan, manggis, ciku dan segala jenis pokok buah-buahan dan mempunyai batang yang keras.

Terdapat 2 jenis penghasilan yang cepat melalui :

  1. Tonr Udara = Buat pembiakan berada diatas dahan pokok.
  2. Tonr Lenturan = Buat pembiakan di medium tanah.
Kebiasaannya, pembiakan tut ini ramai golongan pekebun bertujuan untuk cepat mendapat hasil kebun. Pekebun juga lebih banyak menggunakan kaedah tonr udara banyak di dahan kerana ia mudah untuk melakukan. Pembiakan tut ini perlulah pada pokok yang segar dan tidak berpenyakit.

Medium yang digunakan terdapat 2 jenis iaitu :
  1. Medium Tut iaitu Jiffy Pallet = Netting halus yang penuh dengan subtract yang berkuali tinggi dan kemudiannya dimampatkan menjadi pellet yang kecil.
  2. Medium Campuran iaitu Peatmoss = Dijadikan sebagai duh dengan campuran sedikit air.

Perbezaan Antara Pembiakan Tut dan Pembiakan Baji

Pembiakan Tut:
  • Pokok yang sama. 
  • Tidak memerlukan pelbagai variasi.
  • Variasi hanya 1 jenis pokok.
Pembiakan Baji:
  • Pokok yang berlainan : Penanti dan Sion.
  • Mempelbagaikan variasi.
  • Memerlukan 2 jenis pokok.

Peralatan & Bahan
  • Pisau
  • Gunting pokok
  • Pengalak akar
  • Tali rafia
  • Plastik
  • Medium tut & Medium campuran
  • Pokok



Cara-cara

Gambar 1 : Menunjukkan penyediaan medium campuran daripada peat moss.

Gambar 2 : Menunjukkan kulit pokok di dahan di kelar sedikit dalam 1inci - 2 inci

Gambar 3 : Menunjukkan kulit pokok di buang. Bersihkan/kikirs batang pokok sehingga hilang getahnya.

Gambar 4 : Menunjukkan ikatan plastik dibahagian kelaran bawah, letakkan media/tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, pastikan tanah itu padat dan melekat dengan baik.


Gambar 5 : Menunjukkan bungkusan kepalan tanah dengan plastik siap dilakukan dan diikat pada kedua-dua hujungnya. Kami menulis nama, kelas.


Selepas 2-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan dipotong dibawahnya.

Monday, 26 November 2018

MINGGU KESEMBILAN : VIDEO ASSIGNMENT

Minggu ini adalah minggu cuti pertengahan semester kami. Dan dalam minggu ini kami juga diberi tugasan untuk membuat video mengenai proses :

  • Transpirasi
  • Fotosentesis 
  • Respirasi
  • Penyerapan
  • Translokasi
Disebabkan kumpulan kami hanya adalah 4 orang ahli, maka video assignment kami hanya; Transpirasi, Fotosentesis, Raspirasi dan Resapan.

Video pendek selama 3 minit menerangkan proses tersebut dengan ringkas. Kami memilih untuk membuat video bersama ahli keluarga dan mereka akan menerangkan semula mengikut kefahaman melalui proses-proses tersebut.

Transpirasi - by - Ayshaheerah binti Abdul Ghani




Fotosentesis - by - Mohamad Farhan Hilme bin Sendak Omar



Respirasi - by - Siti Nur Hanis binti Haron




Penyerapan - by - Qistina Nabihah binti Mazlan




Semoga video pendek ini dapat memberi anda maklumat yang jelas dan ringkas.

MINGGU KELAPAN - MEMUNGUT HASIL SAYUR DAN MENJUAL SAYUR

Memungut Hasil Sayur

Pada minggu ini adalah minggu memungut hasil sayuran yang kami tanam. Seperti dalam aktiviti lepas, kami menanam sayur jenis sawi dan bayam hijau. Hasil tanaman yang subur kami sekelas telah bekerjasama dan membahagikan beberapa tugasan. Antara tugasan yang kami bahagian ialah, Memungut sayur, Membasuh sayur, Menimbang sayur (100 gram), Membungkus sayur. 


Menjual Sayur

Hasil tanaman yang subur kami sekelas bekerjasama memungut hasil tanaman dan menjual sayur di sekitar UTM. Kami telah menjual pada pensyarah-pensyarah UTM. Permintaan yang tinggi membuatkan kami bangga dengan hasil tanaman kami. 100% organik dan tidak menggunakan bahan kimia membuatkan sayur kami subur.

Gambar 1 : Ditugaskan memungut hasil sayur dan membersihkan sayur.

Gambar 2 : Ditugaskan menimbang sayur dan membukus sayur.

Gambar 3 : Sentuhan terakhir dimana kami melekatkan brand kami iaitu "Ladang".

Gambar 4 : Pasukan bersiap sedia untuk menjual hasil sayur disekitar UTM.