Monday 17 December 2018

MINGGU KEEMPAT BELAS - GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN LADANG

Pada bertarikh 12.12.2018, rabu. Kami bergabung kelas 1 SPPH seksyen 1 & 2 untuk menjalankan aktivti gotong royong membersihkan ladang. Bermula pada 8:15 pagi ucapan daripada Puan Salina, seterusnya diikuti dengan penerangan selanjutnya daripada Encik Faris mengenai aktiviti selanjutnya.

Kami telah membahagian setiap tugasan dan kumpulan untuk membersihkan kawasan sekitar ladang.
Kumpulan 1 : Membersihkan stor peralatan ladang.
Kumpulan 2 : Membersihkan longkang sekitar ladang.
Kumpulan 3 : Membersihkan "Rumah Hijau".
Kumpulan 4 : Membersihkan ruang belajar
Kumpulan 5 : Membersihkan stor penyimpanan kayu (batas)














Pengakhiran kursus ini pada semester 1 ini dengan ucapan daripada Encik Faris, kata-kata semangat dan pesanan agar kami sentiasa tolong menolong antar satu sama lain perlu dipupuk hingga habis belajar. Mereka juga banyak membantu kami dari segi amali ladang dan mempupuk ikatan kerja sama kami dengan rakan sekelas. Ucapan disudahi dengan Puan Salina, Semoga Peperiksaan nanti dipermudahkan.


Gambar ni geng perempuan, sebab geng lelaki nak balik cepat sangat. hmmmm
Terima kasih untuk memori sepanjang sem ini. Moga sem yang akan datang, ikatan kami menjadi lebih akrib. Insya-Allah..

No comments:

Post a Comment