Monday 17 December 2018

MINGGU KESEBELAS - TEORI TUT

Pada minggu ini amali tidak dijalankan tetapi kami ingin berkongsi ilmu mengenai Pembiakan Tut. Kalau masih ingat lagi, minggu lepas kami baru saja melakukan amali di ladang mengenai cara untuk melakukan proses pembiakan tut.

Asexual Reproduction Part 2

Lapisan (Tut / Markot)
  • Kaedah penyebaran aseksual di mana akar dibentuk pada batang semasa masih melekat pada tanaman induk
TUT Udara
  • Batang diluka dan ditutup dengan medium lembap untuk mendorong pengakaran.


Lapisan Mudah (TUT Mudah / Lentur)
  • Lapisan mudah - Dahan dibengkokkan ke tanah dan bahagian dahan tersebut ditutup dengan tanah.
  • Bahagian yang menjadi akar dari pembiakan tut di potong mesti mempunyai putij atau tunas.


Lapisan Membusut (TUT Membusut)
  • Lapisan membusut - pokok induk dipangkas ke dalam 2-4 inci tanah selama musim dorman.
  • Pada musim bunga, pucuk baru dipotong kembali ke 2-4 inci
  • Pada musim panas, tanah digali lebih separuh daripada pucuk baru. Pokok akan membentuk akar didalam tanah dan boleh dipisahkan dari tanaman induk.

Cantuman & Cantuman Mata Tunas
  • Teknik menyatukan bahagian-bahagian tumbuhan supaya ia tumbuh sebagai satu tumbuhan baru.
  • Bahagian tumbuhan yang menjadi bahagian atas cantuman ialah tunas baka.
  • Bahagian yang membentuk bahagian bawah atau akar ialah pokok penanti.
  • Tunas baka - Keretan batang / bahagian kecil batang yang mengandungi satu mata tunas yang sihat dan segar.
  • Pokok penanti - Tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang baik, subur dan sihat.

Tiga kaedah yang lazim digunakan :
  1. Menggunakan scion dan batang pokok.
  2. Scion - Satu batang pendek / batang pokok yang lembut dengan dua atau lebih tunas.
  3. Batang pokok - Bahagian bawah dari batang yang mengandungi sistem akar.

Cantuman Mata Tunas

Cantuman mata tunas - Disisipkan pada torehan bentuk T pada pokok penanti dan diikat dengan tali.
  1. Sediakan pokok penanti.
  2. Sediakan keratan mata tunas.
  3. Selitkan keratan mata tunas.
  4. Ikat dengan pita plastik.
  5. Potong selepas pucuk baru tumbuh.

Cantuman Baji

Cantuman yang tunas bakanya dan pokok penanti dipotong dalam bentu V dan dicantumkan kedua-duanya.


Cantuman Sanding

Cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yang bersebelahan dan dilakukan dengan melenturkan bahagian tunas baka kepada pokok penanti.


Sekian itu saja daripada kami untuk minggu ini. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment