Monday, 17 December 2018

MINGGU KEDUA BELAS - AMALI FOTOSINTESIS

Pada 28. November. 2018 iaitu pada hari rabu, saya telah membuat kajian fotosintesis keatas tumbuhan hijau di Makmal Pertanian N30. Bahan ujikaji adalah sehelai dedaun daripada bunga kemboja. Tujuan ujikaji dijalankan adalah untuk meguji kehadiran kanji dalam tumbuhuan/dedaun hijau.

UJIKAJI
Kajian Fotosintesis

Tujuan: Untuk Menguji Kehadiran Kanji dalam Tumbuhan / Dedaun Hijau
Fotosintesis adalah suatu proses dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari.

Radas dan bahan:
Daun pokok warna hijau
Piring petri
Alkohol
Penitis
Iodin
Bikar 500 ml
Air mendidih
Bekas air mendidih
Hot plate
Tabung uji


KESIMPULAN
Kesimpulannya, apa yang saya dapat pelajari daripada amali ini. Pertama untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan atau dedaun hijau dengan mengikuti langkah-langkah yang diberi, saya berjaya menjalankan ujikaji tersebut dan terhadap daun ialah perubahan warna terhadap daun. Rebusan yang pertama adalah bertujuan untuk melembutkan daun. Setelah direbus daun selama 1 minit, rendamkan daun di dalam alkohol dan didikan ia di dalam air panas ia bertujuan untuk mengeluarkan klorofil (warna hijau) dari dalam daun selama 5 minit. Kemudian rebus semula daun di dalam air panas selama 30 saat bertujuan untuk membersihkan alkohol dan memastikan iodin dan akohol tidak bercampur kerana ia boleh menyebabkan ralat.
Kedua, setelah selesai langkah berikut daun diletakkan dalam piring petri dan titikkan iodin keatas daun. Pemerhatian dapati dedaun berlaku perubahan warna daun berubah menjadi unggu kehitaman. Catatkan pemerhatian.
Daripada hasil kajian yang saya dapati, penambahnaikkan daripada segi jenis daun yang digunakan dan masa yang diperlukan untuk melembutkan daun dan mendidihkan daun didalam alkohol. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dedaun daripada pokok kemboja. Dedaun tersebut bersifat keras dan sangat memerlukan masa yang agak panjang untuk menghasilkan keputusan yang baik. Oleh itu, sepanjang ujikaji ini dijalankan saya dinasihatkan daripada tenga pengajar iaitu Encik Abang supaya dedaun saya merebus dua jenis dedaun yang sama untuk mendapatkan perbezaan. Dedaun yang pertama mengikut masa yang ditetapkan, manakala dedaun yang kedua perlu melebih 2 minit. Keputusannya, dedaun yang pertama berlaku perubahan pada bahagian luka iaitu pada bahagian yang dipotong. Manakala dedaun yang kedua keputusan yang sempurna kerana dengan melambatkan masa rebusan menjadikan dedaun tersebut 100% lembut dan keputusan yang baik.


No comments:

Post a Comment