Monday 17 December 2018

MINGGU KESEPULUH - PEMBIAKAN TUT

Pembiakan Tut

Pembiakan Tut adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.

Selalunya pembiakan ini hanya kepada pokok yang mempunyai batang keras (Daikotiliden). Tidak sesuai pada pokok yang lembut atau pokok yang tak de batang keras. Tujuan pembiakan tut ini adalah untuk mendapatkan hasil yang cepat. Contohnya pokok berbuah seperti durian, rambutan, manggis, ciku dan segala jenis pokok buah-buahan dan mempunyai batang yang keras.

Terdapat 2 jenis penghasilan yang cepat melalui :

  1. Tonr Udara = Buat pembiakan berada diatas dahan pokok.
  2. Tonr Lenturan = Buat pembiakan di medium tanah.
Kebiasaannya, pembiakan tut ini ramai golongan pekebun bertujuan untuk cepat mendapat hasil kebun. Pekebun juga lebih banyak menggunakan kaedah tonr udara banyak di dahan kerana ia mudah untuk melakukan. Pembiakan tut ini perlulah pada pokok yang segar dan tidak berpenyakit.

Medium yang digunakan terdapat 2 jenis iaitu :
  1. Medium Tut iaitu Jiffy Pallet = Netting halus yang penuh dengan subtract yang berkuali tinggi dan kemudiannya dimampatkan menjadi pellet yang kecil.
  2. Medium Campuran iaitu Peatmoss = Dijadikan sebagai duh dengan campuran sedikit air.

Perbezaan Antara Pembiakan Tut dan Pembiakan Baji

Pembiakan Tut:
  • Pokok yang sama. 
  • Tidak memerlukan pelbagai variasi.
  • Variasi hanya 1 jenis pokok.
Pembiakan Baji:
  • Pokok yang berlainan : Penanti dan Sion.
  • Mempelbagaikan variasi.
  • Memerlukan 2 jenis pokok.

Peralatan & Bahan
  • Pisau
  • Gunting pokok
  • Pengalak akar
  • Tali rafia
  • Plastik
  • Medium tut & Medium campuran
  • Pokok



Cara-cara

Gambar 1 : Menunjukkan penyediaan medium campuran daripada peat moss.

Gambar 2 : Menunjukkan kulit pokok di dahan di kelar sedikit dalam 1inci - 2 inci

Gambar 3 : Menunjukkan kulit pokok di buang. Bersihkan/kikirs batang pokok sehingga hilang getahnya.

Gambar 4 : Menunjukkan ikatan plastik dibahagian kelaran bawah, letakkan media/tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, pastikan tanah itu padat dan melekat dengan baik.


Gambar 5 : Menunjukkan bungkusan kepalan tanah dengan plastik siap dilakukan dan diikat pada kedua-dua hujungnya. Kami menulis nama, kelas.


Selepas 2-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan dipotong dibawahnya.

No comments:

Post a Comment