Memungut Hasil Sayur
Pada minggu ini adalah minggu memungut hasil sayuran yang kami tanam. Seperti dalam aktiviti lepas, kami menanam sayur jenis sawi dan bayam hijau. Hasil tanaman yang subur kami sekelas telah bekerjasama dan membahagikan beberapa tugasan. Antara tugasan yang kami bahagian ialah, Memungut sayur, Membasuh sayur, Menimbang sayur (100 gram), Membungkus sayur.
Menjual Sayur
Hasil tanaman yang subur kami sekelas bekerjasama memungut hasil tanaman dan menjual sayur di sekitar UTM. Kami telah menjual pada pensyarah-pensyarah UTM. Permintaan yang tinggi membuatkan kami bangga dengan hasil tanaman kami. 100% organik dan tidak menggunakan bahan kimia membuatkan sayur kami subur.
Gambar 1 : Ditugaskan memungut hasil sayur dan membersihkan sayur.
Gambar 2 : Ditugaskan menimbang sayur dan membukus sayur.
Gambar 3 : Sentuhan terakhir dimana kami melekatkan brand kami iaitu "Ladang".
Gambar 4 : Pasukan bersiap sedia untuk menjual hasil sayur disekitar UTM.
No comments:
Post a Comment