Monday 26 November 2018

MINGGU KETUJUH - CANTUMAN BAJI DAN BEBAWANG

Pada minggu ketujuh ini, kami telah diajar mengenai teknik cantuman baji dan bebawang.

Cantuman Baji

Ia juga dikenali sebagai pambiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman ini dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik dari segi ketahanan penyakit, tahan teremdam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cra mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan-dahan dan batang-batang yang tercedera ataupun tercacat. Akhir sekali cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain.


Proses Pembiakan

Penanti : Pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman.
Sion : Bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti

Diameter pucuk adalah pada 2cm / 20mm / 10-10mm

Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada samada sel-sel cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum ataupun tidak. Ia hanya dilakukan pada tumbuhan-tumbuhan di dalam satu spesies yang sama.


Bahan-Bahan

Plastik air krim : Bertujuan untuk melindungi kawasan cantuman baji yang akan dilakukan.
Plastik pra filem : Bertujuan sebagai pelekat untuk memastikan kawasan yang dilakukan cantuman baji kukuh.
Pisau
Gunting 
Tali : Untuk mengikat plastik air kirm pada kawasan cantuman baji.

Gambar 1 : Menunjukkan proses cantuman baji, pokok sion di cantum pada pokok penanti dan dibalut dengan plastik pra-filem.

Gambar 2 : Menunjukkan cantuman tersebut dilindungi dengan palstik ais krim ia.

Ia bertujuan untuk melindungi pokok daripada pokok mati. Biarkan selama seminggu untuk menilai hasil cantuman baji.


Bebawang

Teknik tanaman bebawang dimana ia mengambil kaedah yang menggunakan jenis tumbuhan bebawang atau Shallot. Terdapat beberapa jenis tumbuhan jenis bebawang antaranya ialah bawang merah, bawang putih, Lily, Amaryllis. 

Sebelum kami menjalankan aktiviti menanam bawang, kami telah diminta membawa pokok spider lily. Dengan menggunkan teknik tanaman bebawang, daun spider lily perlu dipotong dan hanya mengambil bawang pada akar pokok spider lily.

Pemilihan Kawasan Penanaman

Kawasan yang sesuai untuk tanaman bebawang ini adalah pada kawasan yang mempunyai sinaran cahaya matahari selama 12jam, kerana ia sangat memerlukan sinaran cahaya matahari yang penuh. Bawang tersebut ditanam dalam bekas tanaman dan menggunkan medium peatmoss.

Cara Penanaman Bebawang

Daun Lily perlu dipotong dan memotong sedikit hujung akar benih bawang. Ia bertujuan untuk mempercepatkan percambahan tunas baru pada bawang tersebut. Benih Bawang dipotong dua dan tanamn ke dalam tanah, jangan tanam keseluruhan benih bawang kerana ia tidak akan bercambah malah akan membusuk dan mati. Jarak antara benih ialah 5 inci.

Gambar 3 : Menunjukkan memasukkan medium peatmoss kedalam bekas tanaman.

Gambar 4 : Menunjukkan memotong bahagian daun Lily yang tidak digunakan.

Gambar 5 : Menunjukkan memotong sedikit pada bahagian akar benih bawang.

Gamabr 6 : Menunjukkan benih bawang dibahagikan kepada 2.

Gambar 7 : Menunjukkan 5 biji benih bawang telah ditanam dengan jarak yang sama dan diletakkan di ruang tanaman.

No comments:

Post a Comment