Monday 26 November 2018

MINGGU KESEMBILAN : VIDEO ASSIGNMENT

Minggu ini adalah minggu cuti pertengahan semester kami. Dan dalam minggu ini kami juga diberi tugasan untuk membuat video mengenai proses :

  • Transpirasi
  • Fotosentesis 
  • Respirasi
  • Penyerapan
  • Translokasi
Disebabkan kumpulan kami hanya adalah 4 orang ahli, maka video assignment kami hanya; Transpirasi, Fotosentesis, Raspirasi dan Resapan.

Video pendek selama 3 minit menerangkan proses tersebut dengan ringkas. Kami memilih untuk membuat video bersama ahli keluarga dan mereka akan menerangkan semula mengikut kefahaman melalui proses-proses tersebut.

Transpirasi - by - Ayshaheerah binti Abdul Ghani




Fotosentesis - by - Mohamad Farhan Hilme bin Sendak Omar



Respirasi - by - Siti Nur Hanis binti Haron




Penyerapan - by - Qistina Nabihah binti Mazlan




Semoga video pendek ini dapat memberi anda maklumat yang jelas dan ringkas.

MINGGU KELAPAN - MEMUNGUT HASIL SAYUR DAN MENJUAL SAYUR

Memungut Hasil Sayur

Pada minggu ini adalah minggu memungut hasil sayuran yang kami tanam. Seperti dalam aktiviti lepas, kami menanam sayur jenis sawi dan bayam hijau. Hasil tanaman yang subur kami sekelas telah bekerjasama dan membahagikan beberapa tugasan. Antara tugasan yang kami bahagian ialah, Memungut sayur, Membasuh sayur, Menimbang sayur (100 gram), Membungkus sayur. 


Menjual Sayur

Hasil tanaman yang subur kami sekelas bekerjasama memungut hasil tanaman dan menjual sayur di sekitar UTM. Kami telah menjual pada pensyarah-pensyarah UTM. Permintaan yang tinggi membuatkan kami bangga dengan hasil tanaman kami. 100% organik dan tidak menggunakan bahan kimia membuatkan sayur kami subur.

Gambar 1 : Ditugaskan memungut hasil sayur dan membersihkan sayur.

Gambar 2 : Ditugaskan menimbang sayur dan membukus sayur.

Gambar 3 : Sentuhan terakhir dimana kami melekatkan brand kami iaitu "Ladang".

Gambar 4 : Pasukan bersiap sedia untuk menjual hasil sayur disekitar UTM.



MINGGU KETUJUH - CANTUMAN BAJI DAN BEBAWANG

Pada minggu ketujuh ini, kami telah diajar mengenai teknik cantuman baji dan bebawang.

Cantuman Baji

Ia juga dikenali sebagai pambiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman ini dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik dari segi ketahanan penyakit, tahan teremdam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cra mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan-dahan dan batang-batang yang tercedera ataupun tercacat. Akhir sekali cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain.


Proses Pembiakan

Penanti : Pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman.
Sion : Bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti

Diameter pucuk adalah pada 2cm / 20mm / 10-10mm

Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada samada sel-sel cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum ataupun tidak. Ia hanya dilakukan pada tumbuhan-tumbuhan di dalam satu spesies yang sama.


Bahan-Bahan

Plastik air krim : Bertujuan untuk melindungi kawasan cantuman baji yang akan dilakukan.
Plastik pra filem : Bertujuan sebagai pelekat untuk memastikan kawasan yang dilakukan cantuman baji kukuh.
Pisau
Gunting 
Tali : Untuk mengikat plastik air kirm pada kawasan cantuman baji.

Gambar 1 : Menunjukkan proses cantuman baji, pokok sion di cantum pada pokok penanti dan dibalut dengan plastik pra-filem.

Gambar 2 : Menunjukkan cantuman tersebut dilindungi dengan palstik ais krim ia.

Ia bertujuan untuk melindungi pokok daripada pokok mati. Biarkan selama seminggu untuk menilai hasil cantuman baji.


Bebawang

Teknik tanaman bebawang dimana ia mengambil kaedah yang menggunakan jenis tumbuhan bebawang atau Shallot. Terdapat beberapa jenis tumbuhan jenis bebawang antaranya ialah bawang merah, bawang putih, Lily, Amaryllis. 

Sebelum kami menjalankan aktiviti menanam bawang, kami telah diminta membawa pokok spider lily. Dengan menggunkan teknik tanaman bebawang, daun spider lily perlu dipotong dan hanya mengambil bawang pada akar pokok spider lily.

Pemilihan Kawasan Penanaman

Kawasan yang sesuai untuk tanaman bebawang ini adalah pada kawasan yang mempunyai sinaran cahaya matahari selama 12jam, kerana ia sangat memerlukan sinaran cahaya matahari yang penuh. Bawang tersebut ditanam dalam bekas tanaman dan menggunkan medium peatmoss.

Cara Penanaman Bebawang

Daun Lily perlu dipotong dan memotong sedikit hujung akar benih bawang. Ia bertujuan untuk mempercepatkan percambahan tunas baru pada bawang tersebut. Benih Bawang dipotong dua dan tanamn ke dalam tanah, jangan tanam keseluruhan benih bawang kerana ia tidak akan bercambah malah akan membusuk dan mati. Jarak antara benih ialah 5 inci.

Gambar 3 : Menunjukkan memasukkan medium peatmoss kedalam bekas tanaman.

Gambar 4 : Menunjukkan memotong bahagian daun Lily yang tidak digunakan.

Gambar 5 : Menunjukkan memotong sedikit pada bahagian akar benih bawang.

Gamabr 6 : Menunjukkan benih bawang dibahagikan kepada 2.

Gambar 7 : Menunjukkan 5 biji benih bawang telah ditanam dengan jarak yang sama dan diletakkan di ruang tanaman.

Sunday 25 November 2018

MINGGU KEENAM : BAJA ORGANIK

BAJA ORGANIK

Baja Organik adalah sebatian baja yang mengandungi bahan-bahan organik. Ia terdiri daripada yang semulajadi tanpa campuran bahan kimia antaranya seperti sisa makanan, sisa buah-buahan atau najis haiwan seperti kambing, lembu, arnab, ayam dan titik.

Pada minggu ini kami telah menjalakan aktiviti amali iaitu membuatan baja organik, dimana terdapat 4 jenis baja organik iaitu FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Fermented Fruit Juice), CaP (Kulit Telur). Manakala, kami juga menghasilkan 1 jenis racun organik untuk tanaman di ladang.

Bahan-bahan yang digunakan untuk penghasilan baja organik antaranya ialah isi ikan, sayur-sayuran, pisang dan kulitnya, kulit telur, cili dan bawang putih.

Gambar 1 : Menunjukkan bahan-bahan untuk penghasilan baja organik.



FAA (Fish Amino Acid)

Cecair daripada proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino, iaitu komponen penting dari protein. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan microbes dan juga pokok tumbuhan, kerana  mengandungi pelbagai nutrient dan berbagai jenis asid amino dan komponen protein lain untuk kebaikan pokok.

Antara bahan-bahannya ialah gula merah (1kg dan dicairkan dengan 200ml air), Isi ikan atau sisa ikan, bekas plastik dan penutup bekas. Cara penghasilan baja organik FAA, pertama memotong isi ikan menjadi kecil bagi mempercepatkan proses penapaian. Kemudian masukkan isi ikan kedalam bekas plastik dan campurkan gula merah bersama dengan kadar 1:1 (80ml). Setelah siap dicampur tuliskan label dan tarikh. Dibiarkan selama seminggu. Terakhir sekali, perlu diletakkan dalam keadaan suhu bilik. Semasa proses penapaian tersebut dijalankan elakkan meletak baja orgaik di bawah cahaya matahari dan bekas terdedah. Kerana dengan suhu cahaya matahari yang terlalu panas boleh mematikan bakteria baik dari membiak dan membolehkan serangga perosak hinggap di baja organik. 

Kaedah penggunaan adalah dengan jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau satu sudu besar kedalam 5 liter air dan siram kepada tanaman. Ikan yang sesuai digunakan ialah ikan kembung, sardine, tenggeri dan tongkol.


Gambar 2 : Menunjukkan penghasilan baja organik FAA (Fish Amino Acid)



FPJ (Fermented Plant Juice)

Fermented Plant Juice (FPJ) pula adalah campuran tumbuhan (rumput, sisa sayuran, sisa pangkasan), gula perang dan sedikit air bersih, dibiarkan selama lima hingga tujuh hari. Hormon ini kaya dengan unsur nitrogen (N).

Antara bahan-bahannya ialah gula merah (1kg dan dicarikan dengan 200ml air), sisa sayuran berdaun hijau, bekas plastik dan penutup bekas. Cara penghasilan baja organik FPJ, pertama sisa sayuran dipotong menjadi keil bagi mempercepatkan proses penapaian. Kemudian, masukkan isi ikan kedalam bekas dan mencampurkan dengan gula merah dengan kadar nisbah 1:1 (80ml). Tutup bekas tersebut dengan rapi dan melabelkan tarik dan bahan tersebut. Dari semasa ke semasa atau selang 3 hari, bahan peraman dikacau/digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini. 

Kaedah penggunaan adalah dengan jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau satu sudu besar kedalam 5 liter air dan siram kepada tanaman. Semua jenis sayuran berdaun hijau boleh dijadikan sebagai baja organik FPJ (Fermented Plant Juice).


 
Gambar 3 :  Menunjukkan penghasilan baja organik FPJ (Fermented Plant Juice)




FFJ (Fermented Fruit Juice)


Fermented Fruit Juice (FFJ) adalah campuran buah-buahan yang manis (betik, mangga, nangka, jambu) dan gula perang. Tambah sedikit air dan diperam selama antara lima dan tujuh hari hari. Cecair yang terhasil kaya dengan unsur potassium (P) dan kalsium (K).

Antara bahan-bahannya ialah gula merah (1kg dicarikan dengan 200 ml air), pisang masak dan kulit pisang yang telah hitam, bekas plastik dan penutup bekas. Cara penghasilan baja organik FFJ adalah memotong pisang menjadi kecil bagi mempercepatkan proses penapaian. Kemudian masukkan pisang dan kulit pisang yang telah hitam kedalam bekas dan dicampurkan dengan gula merah dalam kadar nisbah 1:1 (80ml). Labelkan dan tulis tarikh di bekas dan menutup bekas dengan rapi. baja ini siap dalam jangka masa 1-2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ (Fermented Fruit Juice).

Kaedah penggunaan adalah dengan jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau satu sudu besar kedalam 5 liter air dan siram kepada tanaman. Semua jenis sayuran berdaun hijau boleh dijadikan sebagai baja organik FFJ (Fermented Fruit Juice).

Gambar 4 : Menunjukkan penghasilan baja organik FFJ (Fermented Fruit Juice)



CaP (Kulit Telur)


CaP juga di kenali sebagai Air Larutan Kasium (ALK), suatu kaedah untuk mendapatkan unsur Ca dari bahan yang mengandungi kalsium seperti kulit telur, cengkerang hidupan air contoh siput atau kerang atau ketam atau udang. Di samping terjadinya pelarutan kalsium, sedikit sebanyak konsep extraction chitosan dari kulu kepiting atau udang juga berlaku sewaktu proses. Kalsium amat di perlukan oleh pohon untuk kesihatan, perkembangan dan pembaikan buah, dan lain yang berkaitan.

Antara bahan-bahannya ialah kulit telur yang telah dibasuh dan dikeringkan dalam oven selama 5 minit, cuka masak, bekas plastik dan penutup bekas. Cara penghasilan CaP ialah menrghancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses frmentasi dan sukat kulit telur yang telah dihancurkan. Campurkan bersama cuka masak pada kadar nisbah 1:1 (10ml). Kacur sehingga mengeluarkan bau hanyir. Seteleh itu, labelkan dan tulis tarikh di bekas dan menutup bekas dengan rapi. Baja organik ini siap dalam jangka masa 1-2 minggu.

Gambar 5 : Menunjukkan penghasilan baja organik CaP.



Hasil Pemerhatian

Hari /
Warna pemeraman
Kehdiran bau gas (ada / tiada)
Tarikh
FAA
FPJ
FFJ
CaP
FAA
FPJ
FFJ
CaP
1
Coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair & Berbuih
Busuk hanyir
Daun & Gula merah
Pisang
Masam
2
Coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair
Busuk hanyir
Sedikit masam
Masam
Masam
3
Coklat
Coklat cair
Coklat keperangan
Coklat cair
Busuk hanyir
Masam
Masam
Masam
4
Coklat gelap
Coklat
Hitam
Jernih
Busuk hanyir
Masam
Masam
Masam
5
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
6
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
7
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Sangat masam



Racun Organik


Racun organik ialah racun yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan mudah didapati. Ia bertujuan unutk menghalang seranga perosak yang terdapat pada tanaman.

Bahan-bahannya ialah bawang putih, cili padi dan air hujan. Semua bahan dipotong menjadi kecil dan hancur, peram selama 24 jam. Cara penghasilan ialah bawang putih dan cili potong menjadi kecil dan hancur kemudian masukkan ke dalam bekas plastik. Campurkan 100ml air hujan ke dalam bekas yang berisi bawang putih dan cili. Goncang sehingga sebati.

Gambar 6 : Menunjukkan penghasilan racun organik.



Hasil Pemerhatian


Hasil daripada pemerhatian saya, perubahan warna dan bau yang berlaku pada racun buataan adalah warna menjadi merah dan keruh yang terhasil daripada cili dan bau masam hasil daripada bawang putih.



Gambar 7 : Menunjukkan baja-baja organik dan racun organik yang sedang menjalani proses pemerapan