Saturday, 15 September 2018

MINGGU PERTAMA - MERUMPAI, MENGGEMBUR & MEMBINA BATAS

Dalam subjek SPPL 1212 - Propagation and Plant Management
Kami telah diberi tugasan untuk membuat projek berkumpulan.
1 Batas = 2 Ahli, manakala dalam menghasilkan laporan kami perlu bergabung 2 Batas = 4 Ahli.

Kami telah diberi penerangan tentang peraturan di ladang dengan jelas daripada Dr. Husna iaitu Pensyarah utama bagi subjek ini. Puan Salina adalah tenaga pengajar dan dibantu oleh Encik Faris & Encik Abang iaitu pembantu ladang.

Minggu pertama kami diberi tugasan untuk merumpai, menggembur & membina batas. Sebelum melakukan kerja-kerja tersebut, kami diberi peluang untuk memilih ahli kumpulan.



NAMA AHLI
NO. BATAS
Siti Nur Hanis Binti Haron
BATAS 5
Qistina Nabihah Binti Mazlan
BATAS 5
Ayshaheerah Binti Abdul Ghani
BATAS 6
Mohamad Farhan Hilme Bin Sendak Omar
BATAS 6




Dari kiri : Farhan, Syeerah, Qistina & Hanis


Pada minggu 1 ini kami diberi pendedahan awal mengenai subjek ini iaitu proses pembiakan dan pengurusan tanaman.
Antara aktivit minggu pertama yang kami jalankan adalah aktiviti membuat batas:

Puan Salina sedang menunjukkan cara ukuran yang betul untuk membuat batas.


Sesi menanda setiap batas selepas mengukur.
Ukuran batas (12' x 5') dan jarak antara batas adalah 2'


LANGKAH-LANGKAH & PENYEDIAAN BATAS
  1. Pemilihan tapak hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan hasil pengeluaran tanaman.
  2. Mengukur dan pembahagian kawasan tapak batas iaitu 12’panjang x 5’lebar dan jarak antara batas iaitu 2’lebar.
  3. Kemudian, kerja-kerja pembersihan iaitu kerja-kerja perumpaian hendaklah dilakukan di kawasan yang telah dipilih.
  4. Kerja pembajakan dilakukan iaitu menterbalikkan tanah bawah kepermukaan dengan menggunakan jentera atau cangkul aktiviti penggemburan tanah dilakukan.
  5. Batas untuk tapak penanaman mula dibina mengikut ketinggiandan kelebaran batas yang dikehendaki.
  6. Melakukan aktiviti membersihkan kawasan yang hendak dibuat batas dan membuat aktiviti pembajakan.
Setelah selesai sesi menanda setaip batas, kami diberi pilihan untuk memilih batas setiap ahli dan terus melakukan sesi marumpai.


Batas No.6 : Sesi merumpai


MERUMPAI
  1. Aktiviti merumpai dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara tanaman dengan tanaman yang lain seperti rumput dan sebagainya.
  2. Rumpai di sekeliling pokok hendaklah dibuang dengan tangan ataupun dengan menggunakan alatan kerja yang sesuai seperti serampang tangan

Setelah proses merumpai, seterusnya adalah proses mengumbur tanah bagi tujuan untuk memberi ruang sistem pengudaraan tanah.


Batas No.5 : Sesi menggembur sedang dijalankan



Batas No.6 : Sesi menggembur sedang dijalankan


AKTIVITI MENGEMBUR TANAH MULA DILAKUKAN
  1. Menggembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran.
  2. Dapat mengeluarkan atau menghalau serangga atau haiwan perosak yang hidup di dalam tanah.
  3. Menggembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera.
Setelah selesai menjalankan proses merumpai & proses menggembur. Kami akan melindungi batas daripada ancaman haiwan perosak dengan membina batas (pagar) daripada kayu dan mengecat dengan menggunakan dengan cat minyak. Ia adalah bertujuan untuk melindungi kawasan tapak tanaman.


Batas No.5 : Sedang membina batas



Batas No.6 : Batas siap dibina dan dicat bertujuan melindungi daripada haiwan perosak




Siap sempurna !!! yeahhhhh


SEKIAN LAPORAN MINGGU PERTAMA : MERUMPAI, MENGGEMBUR & MEMBINA BATAS